Masalah berat badan? Dah cuba diet tapi tak menjadi? Diet dengan menahan lapar? Tak perlu.... Cubalah susu slim diet II. Tak perlu berlapar... Sila e-mel saya utk keterangan lanjut @ SMS ke 013-865 5684. Nak harga murah, jom daftar jadi ahli...

Saturday, May 22, 2010

Apakah itu Kolostrum ?

Kolostrum dan Kebaikannya ?

Kolostrum adalah makanan pertama anugerah Allah kepada setiap anak mamalia apabila ianya dilahirkan ke dunia. Ianya merupakan cairan yang amat kaya dengan nutrien sebaik sahaja ibu mamalia melahirkan anaknya dan sebelum ibunya menghasilkan susu yang normal.

Menikmati minuman pertama ku

Kolostrum mengandungi zat yang diperlukan untuk memulakan kehidupan baru: immunoglobulins, agen pembesaran, antibodi, vitamin, mineral, enzim, asid amino dan lain-lain unsur istimewa khas untuk menentang pelbagai serangan mikro organisma dan unsur yang memudaratkan dari persekitaran.

Ianya ternyata adalah makanan dan diet pelengkap yang sempurna dalam meneruskan kesinambungan hidup kepada makhluk mamalia. Hanya baru-baru ini, ditemui bahawa kolostrum dari lembu tenusu didapati dapat memberi manafaat kesihatan kepada umat manusia dalam pelbagai cara.

Kolostrum telah terbukti mampu memusnahkan virus, bakteria, kulat dan parasit didalam perut dan usus. Tahukah anda, penyakit yang dihidapi setiap manusia adalah berpunca daripada diri sendiri yakni USUS. Berpunca dari cara pengambilan makanan dan cara memanfaatkan tenaga yang terhasil dari pemakanan itu sendiri. Hampir 80% punca jangkitan adalah bermula dari sistem pencernaan. Jadi,kunci kepada faktor pencegahan untuk kesihatan yang baik seharusnya bermula dari perut dan usus iaitu dengan mengambil kolostrum setiap hari.

Kenapa setiap orang mendapat sakit ?

Anda secara umumnya terdedah kepada jutaan serangan mikrob seperti virus, bakteria, yist, parasit yang sentiasa mencari peluang untuk berkembang biak dan menguasai badan anda. Satu-satunya cara untuk membendungnya hanyalah dengan memperkasakan sistem imun anda iaitu melalui pengambilan kolostrum.Kolostrum terbukti sebagai 'Penyembuh Semulajadi yang Ajaib' mengikut doktor perubatan terkemuka - Donald Henderson. Penyelidikan Perubatan membuktikan bahawa kolostrum adalah nutrien pelengkap yang dapat membantu dalam penyembuhan dan pencegahan sesuatu penyakit.

Apa perlunya sebagai manusia dewasa untuk mengambil kolostrum ?

Penyelidikan telah membuktikan bahawa apabila seseorang itu telah melewati tahap dewasa, badan kita beransur-ansur menghasilkan kurang imun yang berfungsi menolong badan menentang penyakit dan membaik pulih tisu badan yang rosak. Dengan terjejasnya elemen penting ini, badan kita akan menjadi tua, uzur dan seterusnya mati. Faktor ini juga dipengaruhi oleh unsur persekitaran hari ini seperti pendedahan kepada toksik dari udara yang kita sedut, makanan yang kita makan dan tempat yang kita tinggal sedangkan semakin hari keperluan nutrien badan kita kian berkurangan atau hilang.

Kolostrum adalah jawapan kepada satu-satunya unsur semulajadi yang di anugerahkan Allah untuk sesebuah kehidupan secara mengekalkan faktor imun dan pertumbuhannya. Hasil penyelidikan telah membuktikan bahawa kolostrum berupaya membunuh bakteria, virus penceroboh, merangsang pemulihan tisu rosak, merangsang pembakaran dan penggunaan tenaga lemak dan menggalakkan anti-penuaan. Tiada lagi unsur semulajadi diatas planet bumi ini yang mampu menawarkan manafa'at sebaik ini. Insya'allah.

Apakah yang Alpha Lipid tawarkan dari produk kolostrum mereka ?

Terlampau banyak untuk disenaraikan disini. New Image New Zealand memang terkenal dalam penghasilan kolostrum dari Gred Tertinggi Dunia, iaitu GRED 10. Mereka telah menambah salutan yang unik ( ALPHA LIPID ) yang diperbuat dari tambahan lipid kompleks yang menjadikanya kolostrum paling berkesan terdapat di dunia.

Anti-oksidan yang luar biasa - Kolostrum keluaran New Image begitu kaya dengan Glutathione, iaitu anti-oksidan yang amat ampuh. Anti oksidan memainkan peranan dalam pencegahan penyakit, dengan mencari dan memungut radikal bebas penyebab penyakit serta membaik pulih otot dan tisu yang rosak dan keradangan.


Kesihatan dan Penjagaan Usus - Kolostrum memang terbukti cemerlang dalam penyembuhan usus yang rosak dan mencegah dari kerosakan yang berterusan. Faktor imun dan Prebiotics dalam kolostrum menolong menstabilkan usus iaitu dengan menggalakkan pembiakan bakteria yang berfaedah dan memusnahkan pula bakteria yang merbahaya. Ternyata USUS adalah KUNCI kepada kesihatan anda dan usus yang sihat adalah senjata pertahanan berkesan menentang penyakit.

Mempertingkatkan Fungsi Otak - Phospholipids, iaitu salah satu komponen dalam ALPHA LIPID, membantu menambah fungsi otak dan ianya berkait dengan memperbaiki keupayaan memori. Sila rujuk testimoni berkaitan dengan makanan minda . Terdapat banyak contoh yang menunjukkan ianya dapat menaikkan 'mood' dan meredakan simptom tekanan seseorang.

Kolostrum untuk Bayi, Kanak-kanak, Remaja dan Anda


Sejak berabad lama, penggunaan kolostrum daripada haiwan telah diamalkan oleh orang dewasa dan kanak-kanak di dalam masyarakat di India secara tradisional. Di Sweden pula, ianya digelar 'calf-danse' - yang membawa makna sebagai pembekal nyawa anak lembu yang baru lahir !!

Ianya juga disajikan sebagai puding kepada kanak-kanak, mahupun dewasa yang uzur kerana golongan inilah selalunya mempunyai sistem imun yang paling lemah dan memerlukan faktor pertumbuhan. Sejak kebelakangan ini pelbagai penyelidikan klinikal telah mengesahkan nilainya kepada golongan dewasa dan kanak-kanak.

Bayi-bayi manusia memperolehi imuniti di dalam rahim sebelum dilahirkan dengan menerima faktor-faktor imun melalui plasenta (tali pusat). Penyusuan badan berikutnya membekalkan pemelharaan tambahan dan inilah sebabnya bayi-bayi yang diberi susu badan adalah lebih sihat berbanding mereka yang diberi susu botol. Lembu-lembu pula membekalkan KESEMUA faktor-faktor imun dan pertumbuhan di dalam kolostrum kepada anak-anak lembu kerana ia tidak menerimanya ketika di dalam rahim. Jadi, tidak hairanlah bahawa kolostrum lembu mengandungi sehingga 20 kali lebih faktor imun berbanding daripada kolostrum manusia.

Oleh kerana kolostrum adalah bukan spesifik kepada spesis tertentu, ia berupaya membekalkan khasiatnya kepada spesis mamalia yang lain, termasuk manusia.

Setiap kanak-kanak seharusnya perlu mengambil kolostum setiap hari kerana:

1. Mengawal penyakit. Ibubapa harus tahu bahawa kanak-kanak yang sedang membesar seringkali terdedah kepada penyakit di sekolah, tadika dan tempat-tempat permainan. Imunoglobulin kolostrum dan faktor-faktor imun membantu memperkuatkan sistem imun dan mencegah penyakit, membolehkan anak anda membesar dengan sihat dan cergas. Ibubapa juga tahu bahawa tiada yang lebih teruk daripada anak yang tidak sihat kerana apabila mereka derita, anda juga turut menderita sama.

2. Tumbesaran yang lebih pantas. Kolostrum mengandungi faktor pertumbuhan yang membantu tumbesaran anak-anak anda dan seterusnya berkembang menjadi seorang dewasa yang sihat.

3. Tiada sebarang kesan-kesan mudarat, sebaliknya hanya faedah yang positif sahaja.

Alam Remaja

Kebanyakan ibu-bapa anak-anak remaja menyatakan bahawa fakta-fakta pertumbuhan dan hormon-hormon pertumbuhan mempunyai kesan penstabilan ke atas anak-anak mereka. Alam remaja adalah waktu yang sukar kerana banyak perubahan berlaku pada tubuh badan dengan begitu pantas. Bukti-bukti bertulis menunjukkan kolostrum telah membantu kesemua keadaan daripada masalah jerawat hingga ke gangguan emosi. Perlu diperhatikan bahawa kolostrum mengandungi peptide yang melegakan, dan diambil sebagai rawatan kegelisahan di sesetengah negara.

sumber : www.susu.my

No comments:

Post a Comment